rahsia-10


Rahsia Besi Berteduh

asal kejadian tetap makluk
di muka bumi tempat duduk
tersembunyi tersorok sukar ketemu
dicari dibentuk apa yang perlu
hormat menghormati kerja si insan
diberi tugas tadbir bumi sekelian
biar pun ia besi yang cuma kaku
tetap ia berzikir pada tuhan yang satu
teduhkan akan ia ketika terkelih
tanda hormat tanda kasih
itulah budi bicara kita
seluruh bangsanya takkan derhaka
atas amalan yang mudah-mudah
semoga kita tak dapat parah
kerana besi akan terasa malu
pada kita yang sedia membantu

[ Pak Mael Titi Baru ]




rahsia-9


Rahsia Huruf Wau

nasihat pada yang kerap merantau
jangan mudah mencari ranjau
ikhlas keluar mencari rezeki
untuk di bawa habuan anak bini
jangan ambil tak hirau hal di rumah
takut ada yang tidak amanah
gusar bini tak reti setia
keluar mencari poya-poya
ambil lah huruf dijadikan kunci
hilang nafsu hilang mangli
tapi jangan dibuat lupa
bebelum habis nafas harus di buka
jangan sampai berlaku kejam
hanti direjam ke neraka jahanam

[ Harun bin Long ditahkik oleh Ishak bin Itam ]




rahsia-8


Rahsia Tiang Seri

kukuh rumah kerana tiang
tegak berdiri untuk ditumpang
seawal dinaikan sebagai isyarat
satu tiang lurus di ibarat
tiang seri nama diberi
di tengah laman yang lain iringi
sebagai tanda yang paling perkasa
tadbir alam seluruh buana
adat melayu mengikut rukun
usah ditinggalkan wajar ditekun
ditemukan kepala si anak jantan
semoga si anak punya kekuatan
perintah dan tadbir mudah berkira
membawa amanah kepala kuasa

[ Pak Mael Titi Baru ]




rahsia-7


Rahsia Salam Rimau

setiap sesuatu ada penguasa
ada kerajaan ada raja nya
ada puteri yang serba malu
ada panglima garang melulu
tabit hormat mula bicara
ketika melintas halaman mereka
sebagai salam tanda kenal
tahu usul dan tugas dari awal
tahu akan dia akan kita
kerajaan Sulaiman dan tahta
sama-sama kita berjalan di bumi
tahu akan maksud dan erti
tiada ada yang paling berkuasa
cuma Allah yang maha esa

[ Ishak bin Itam ]




rahsia-6


Rahsia Matahari Sejengkal

siang akan pasti pergi
malan akan datang kembali
sinar mentari merah berganjak pelahan
bagai ada yang meminta berpesan
ketika ukur sejengkal dari bumi
bermohon hajat menggerakan hati
si berhutang akan segera melunaskan
setelah berdiam diri tanpa berpesan
ketika malam berlabuh nanti
teringat-ingat akan janji
isyarat dan makrifah mengambil firasat
rahsia tok guru pakaian hikmat

[ Harun bin Long ]




rahsia-5


Rahsia Kubang Kerbau

jika terjadi tak lah enak
bisa merebak ke anak beranak
takut dek orang sekampung
disisih dipulau dikepung
mencari penawar tidak ketemu
kerana ramai tidak lah tahu
mengikut kisah dan cerita
dari orang yang telah terkena
lepra mula hinggap di tubuh
mencari penawar agar sembuh
asal awal asal menjadi
lekas-lekas ia di cari
kubang kerbau ada rahsia
mengnyahkan seksa dan bisa
segera pulih seperti sedia kala
dengan izin Allah maha esa

[ Tg Malek bin Tg Hamid ]




rahsia-4


Rahsia Langkah Bendul

pada si ayah gagah diberi
pada si ibu rahsia berani
mengambil isyarat nyatakan hasrat
dijadikan semangat kelana bertempat
dengan kasih ibu bersaksi
sebelum anak berangkat pergi
di hadapan pintu sesuaikan hajat
langkah ibu membawa hikmat
pergi lah si anak ke mana saja
pasti pulang ke halaman jua
melangkahlah si anak penuh berani
diiringi doa ibu kehadrat illahi
melangkah di bendul penuh isyarat
pergi dan kembali dengan selamat

[ Pak Murad Sg Besar ]





rahsia-3


Rahsia Daun Menari

ada yang perasan ada tak perduli
terkelih daun menari sendiri
tidak digoyang tidak dihembus
ada rahsia di sebalik kabus
ada kala nya tetap di situ
ada berpindah mengikut waktu
daun menari ada hikmahnya
dibuat penawar santau dan tuja
diambil isyarat sebagai ibarat
dijadikan ia penawar berubat
sebaik waktu sesepi hening
kala subuh sebelum fajar menyinsing

[ Harun bin Long ]




rahsia-2


Rahsia Ibu Menyusu

keistimewaan ia sudah di tentu
pernuh khasiat dalam menyusu
hukum Allah telah ternyata
di bawah tapak kaki ada syurga
usah diambil sebarang leka
menukar yang lain kerana alpa
ibu menyusu pasti ada hikmahnya
mengalir kasih sepenuh cinta
mencuit kasih si anak yang menghilang
memanggil kembali yang tak tau pulang
merujuk pada petua dan isyarat
di depan pintu bertemu berkat
ditatang dek ibu yang mana satu
pasti kembali dek kerana rindu

[ Harun bin Long ]




rahsia-1


Rahsia Resam Padi

Peribahasa melayu ada menyatakan
ada beras taruh dalam padi sebagai bidalan
bermaksud rahsia hendaklah disimpan 
secukup baik telah diamanahkan
ada keadaan ketemu padi dalam beras
ada kala terselit padi dalam nasi di bekas
usah diketepikan atau dibuang
itu lah rezeki yang cukup terbilang
amalan para hulubalang setiap zaman
biar pun sebutir tetap jadikan sandaran
mengikut adat dan resam tersemat
tahan lasak tak rapuh dicincang tak lumat
elok dimakan semoga selamat
tubuh badan seraya menjadi kuat
dibalun tak rebah jika rebah tak tertiarap
bangun tetap bangun kekal mengadap
sehingga lawan jadi terpegun
hilang ganas jadi santun

[ Ishak bin Itam ]